Monday, May 25, 2009

Selendang Merah

Silat Selendang Merah mula bertapak dan berkembang di negeri Kedah pada sekitar tahun 1920an. Perguruan ini mengandungi cirri-ciri seni tari dan pencak Melayu Asli. Silat ini telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1983 dan kegiatannya bertumpu di sekitar Sungai Petani dan Perlis. Perkembangan silat ini telah dipimpin oleh Wan Yahya bin Wan Chik selaku Mahaguru.

Peringkat Pelajaran

Terdapat 5 peringkat pelajaran yang mesti di lalui oleh seorang penuntut sehingga khatam.

Peringkat 1 – Meliputi asas permulaan seperti jurus pukulan, langkah, tumbuk, tendang dan menepis.

Peringkat 2 – Selendang merah (satu jalur), menandakan mereka boleh mempelajari teknik menagkap, buah pukulan, elakan dan menyerang

Peringkat 3 – Talipinggang hijau, melalui ujian pemilihan seperti kecekapan menagkap serangan lawan, rentak tari silat dan kesempurnaan persembahan. Penuntut diajar buah tindakbalas, buah pecahan kedua serta buah makan balik.

Peringkat 4 – Talipinggang kuning, melalui ujian kelincahan permainan, perlu aktif di dalam kegiatan persatuan. Penuntut diajar teknik permainan kayu dan senjata tajam.

Peringkat 5 – Talipinggang putih, jurulatih bertauliah.

-from wikipedia

Saturday, May 23, 2009

Maaf Buat Semua...

salam...

org tua2 selalu kata tak elok buat kerja separuh jalan...maaf sebab aku pun dah lama tak jenguk blog aku nih.sibuk dengan sekolah aku...sibuk dengan keluarga...dan tetiba jer kesihatan aku kurang baik lak.

so, aku akan cuba tambah lg posting2 utk maklumat kawan2 pencinta seni silat sumer.

Wednesday, December 31, 2008

Pendekar...

New Generation


Baru Buka

Blog ini dibuka khas untuk memajukan Pertubuhan Seni Silat Selendang Merah Malaysia. Bahan2 masih dalam pengumpulan dan akan di'upload' dalam masa yang terdekat ini.